MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KUALITI BIL. 1/2018 MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KUALITI BIL. 1/2018 Tarikh: 23 - 25 Januari 2018 Tempat: Balai Sidang, IAB Induk Bandar Enstek Urus setia: Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan (JPISL) Seramai 13 orang hadir pada mesyuarat ini yang terdiri daripada Ketua Pusat, Pusat Pembangunan Dasar dan Inovasi Organisasi (PPDIO), Ketua Jabatan dan pensyarah dari Jabatan Inovasi dan Standard Latihan IABI dan Jabatan Pengurusan Inovasi IAB Cawangan Mesyuarat tiga (3) hari ini diadakan untuk menyelaras program IAB Induk dan IAB Cawangan bagi memantapkan pengurusan kualiti IAB. Ahli mesyuarat berbengkel untuk meneliti, menyemak dan menyelaras dokumen kualiti IAB yang telah ditambah baik hasil dapatan audit pihak ketiga oleh pihak Intertek Certification International Sdn Bhd. Prosedur telah dibahagikan kepada kumpulan mengikut cawangan dan hasil semakan dibincangkan bersama untuk dimuktamadkan. Ahli mesyuarat juga membincang dan menyelaraskan pengisian Laman Web SP-Q yang merupakan medium pengurusan kualiti IAB. Penyelarasan ini penting supaya maklumat berkaitan pengurusan kualiti dapat disebarluaskan kepada semua warga IAB seluruh Malaysia. Beberapa isu juga dapat dikenal pasti dan tindakan segera dibuat bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan IAB. MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL LATIHAN DAN PEMBANGUNAN BIL. 1/2018 MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL LATIHAN DAN PEMBANGUNAN BIL. 1/2018 Tarikh: 13 Februari 2018 Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, IAB Induk Bandar Enstek Urus setia: Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan (JPISL) Seramai 25 orang hadir pada mesyuarat ini yang terdiri daripada Ketua Pusat (ahli tetap), Ketua Jabatan ahli jemputan, panel penilai dan para pembentang. Mesyuarat dipengerusikan Encik Mohd Zanal bin Dirin, Pengarah IAB Cawangan Utara. Mesyuarat ini diadakan bagi mendengar pembentangan, membincang dan meluluskan modul-modul berikut: Kursus Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) - Laporan kursus rintis Kursus Kepimpinan Wasatiyyah - Laporan kursus rintis Kursus Persediaan Certified Master Trainer- Mereka bentuk pukal latihan Kursus Certified Master Coach - Mengubah suai pukal latihan Kursus Penilaian Kecekapan Organisasi Dengan Kaedah Data Envelopment Analysis (DEA) - Mereka bentuk pukal latihan Program Residensi dan Immersion (PRIme) - Mengubah suai pukal latihan Kedua-dua pembentangan laporan kursus rintis diterima dan akan diangkat untuk diperakukan dalam Mesyuarat lembaga Pengajian Bil. 2/2018 yang akan diadakan pada 18 April 2018. KURSUS AUDIT DALAMAN SISTEM KUALITI MS ISO 9000 KURSUS AUDIT DALAMAN SISTEM KUALITI MS ISO 9000 Tarikh: 26 - 30 Mac 2018 Tempat: Bilik S404, IAB Induk Bandar Enstek Peserta: Staf IAB Urus setia: Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan (JPISL) Kursus lima (5) hari ini dihadiri 24 orang staf IAB yang merupakan Juruaudit Dalaman dari IAB Induk dan semua cawangan. Kursus dikendalikan oleh dua (2) orang pensyarah daripada Jabatan Pengurusan Dasar dan Perancangan (JPDP) dan Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan (JPISL) iaitu Encik Mahathir Fansuri bin Azizan dan Encik Amalludin bin Sufian. Kursus ini dilaksanakan bagi memastikan Juruaudit Dalaman faham konsep Sistem Pengurusan Kualti (SPK) MS ISO 9000, dapat melaksanakan SPK MS ISO 9000 dengan mudah dan berkesan, dan menguasai kemahiran sebagai juruaudit dalaman yang bertauliah. Peserta diberi input berkaitan prinsip-prinsip ISO 9001:2015, pemahaman ISO 9001:2015, risiko dan peluang, penyediaan senarai semak audit, pelaksanaan audit dalaman dan penyediaan laporan audit serta melaksanakan mesyuarat audit kaedah penyampaian latihan 70-20-10 digunakan dan bahan-bahan dimuat naik dalam blog pensyarah bagi sesi latihan amali (hands-on). Kaedah simulasi dan main peranan juga digunakan sepanjang kursus berlangsung Kursus ini memberi bukan sahaja kefahaman tentang kepentingan amalan MS ISO 9000 tetapi cara untuk melaksanakan audit bagi sistem pengurusan kualiti MS ISO 9000 dengan cekap dan berkesan bagi menambah baik perkhidmatan organisasi kepada pelanggan. MESYUARAT PENYELARASAN AUDIT DAPATAN AUDIT DALAMAN BIL. 1/2018 MESYUARAT PENYELARASAN AUDIT DAPATAN AUDIT DALAMAN BIL. 1/2018 Tarikh: 06 Jun 2018 Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, IAB Induk Bandar Enstek Urus setia: Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan (JPISL) MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 1/2018 MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 1/2018 Tarikh: 28 Jun 2018 Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, IAB Induk Bandar Enstek Urus setia: Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan (JPISL)