Mesyuarat Pusat Mesyuarat Pusat Mesyuarat Pusat PPTMK Bil.1/2017 Mesyuarat ini telah diadakan pada 12 Januari 2017, mesyuarat ini dipengerusi oleh Dr. Nor Laila bt Kuslan, Ketua Pusat bersama-sama ketua jabatan, pensyarah-pensyarah dan staf pelaksana. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk merancang aktiviti pusat, merancang kursus dan membentangkan laporan daripada setiap jabatan dalam pusat PPTMK. Ketua pusat mengingatkan kepada semua pensyarah agar memberikan komitmen yang padu dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan cemerlang. Mesyuarat Pusat PPTMK Bil.2/2017 Mesyuarat Pusat Bil.2 telah diadakan pada 21 Mac 2017 jam 2.00 petang. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Dr. Nur laila bt Kuslan, ketua Pusat. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan amanat pengarah semasa mesyuarat pengurusan tertinggi IAB menyatakan beberapa perkara sebagai ingatan kepada ahli Pusat PPTMK seperti; 1. Penjawat awam diingatkan agar mengelakkan daripada terlibat dengan gejala rasuah. 2. Kepimpinan Instruksional masih lagi kurang terserlah dalam kalangan kepimpinan di sekolah pendidikan khas 3. Modul khas bagi Kepimpinan Instruksional perlu dihasilkan untuk melatih PGB di sekolah pendidikan khas Selain itu, mesyuarat pada kali ini juga membincangkan program tahunan IAB iaitu Seminar Nasional ke-24 yang akan diadakan pada 7 Ogos - 10 Ogos 2017 di genting Highlands dan Pusat PPTMK merupakan urusetia kepada seminar tersebut. Ahli mesyuarat juga diingatkan berkaitan dengan kursus NPQEL 2.0, dan semua ahli diharapkan dapat menyumbangkan idea dalam pelaksanaan kursus itu nanti. Ketua pusat juga mengingatkan kepada semua ahli mesyuarat agar mengutamakan tugas jabatan dan pusat sebelum menerima tugasan daripada bahagian atau pusat dan jabatan yang lain. Beliau juga berharap agar pusat ini terus cemerlang. Mesyuarat Pusat PPTMK Bil.3/2017 Mesyuarat Pusat PPTMK Bil.3 telah diadakan pada 7 julai 2017. Semua ahli telah memberikan kerjasama yang padu dan beberapa perkara penting telah diputuskan dalam mesyuarat ini. Antaranya: Modul Kursus pemikiran Komputasional telah diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal Latihan & Pembangunan Kajian Kursus Pembelajaran Maya telah dipilih oleh pengarah untuk dibentangkan sebagai kajian impak kepada KSKPM Kajian Amalan Kepimpinan Sekolah Pulau akan diangkat sebagai kajian antarabangsa tahun 2018 Pengerusi mesyuarat juga mengingatkan kepada ahli tentang amanah pengarah yang mewajibkan setiap pengurus membentangkan laporan BK09 dan BK10 sebagai penambahbaikan kursus. Para pensyarah juga perlu mendapatkan Sijil Master Trainer sebagai pencapaian kompetensi setiap pensyarah. Setiap pensyarah perlu mempunyai integriti dalam setiap perkara dalam menjalankan kursus dan urusan tuntutan. Pengurusi juga meminta pembentangan laporan setiap jabatan yang terdapat di dalam pusat PPTMK. Seminar Nasional kepimpinan dan pengurusan Pendidikan ke-24 merupakan agenda utama IAB dan pusat PPTMK merupakan urusetia kepada seminar tersebut. Pengurusi meminta semua ahli pusat untuk memberikan kerjasama dalam pelaksanaan seminar tersebut agar berjalan licin pada bulan Ogos 2017 nanti. Perkongsian Profesional: Bicara Buku Perkongsian Profesional: Bicara Buku Program Perkongsian Profesional iaitu Bicara Buku merupakan aktiviti tetap bagi pusat PPTMK. Setiap pensyarah Pusat PPTMK perlu membuat perkongsian buku yang dibaca kepada semua pensyarah dalam pusat PPTMK. pembentangan dijalankan dalam masa 20 minit dan berlaku soal jawab tentang isi buku tersebut. Dengan cara ini, pensyarah - pensyarah di pusat PPTMK mempunyai pengetahuan ilmu yang terkini dan sentiasa mewujudkan percambahan ilmu dalam diri pensyarah tersebut.Diharapkan program ini dapat memberikan impak yang besar kepada semua ahli pusat dalam mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendepani pendidikan abad 21 yang mencabar ini. Projek Gandingan Sekolah: Membudayakan Penggunaan VLE dalam PdPc Projek Gandingan Sekolah: Membudayakan Penggunaan VLE dalam PdPc Mesyuarat penyelarasan Projek Gandingan Sekolah telah diadakan pada 7 Mac 2017. Mesyuarat bersetuju untuk menambah bilangan sekolah yang sedia ada kepada tujuh buah sekolah iaitu SMK Mambau menjadi ahli baru dalam projek ini. projek ini bertujuan untuk memberikan bimbingan dan bantuan dalam membudayakan penggunaan VLE dalam PdPc kepada sekolah-sekolah yang menjadi ahli agar terus cemerlang merialisasikan pembelajaran maya di sekolah masing-masing. Latihan untuk projek ini akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu, 1. Fasa 1 - Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran 2. Fasa 2 - Bengkel Pengintegrasian VLE dalam PdPc 3. Fasa 3 - Penilaian dan penghargaan Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran - Fasa I Projek Gandingan Sekolah untuk fasa 1 telah diadakan pada 4 April - 5 April 2017. Projek ini melibatkan 7 buah sekolah. Seramai 35 orang guru telah dilatih untuk menguasai kemahiran dalam penggunaan VLE dalam PdPc di sekolah. Semua peserta dalam projek ini melahirkan rasa teruju dan mahu projek ini diteruskan kerana memberikan peluang kepada mereka untuk menguasai kemahiran dalam penghasilan laman pembelajaran dan menggunakan VLE sebagai bahan PdPc dalam kelas. Perkembangan yang memberangsangkan ini, memberi ruang untuk guru-guru berkongsi idea dalam penghasilan laman pembelajaran dan seterusnya dapat digunakan dalam PdPc di dalam kelas , untuk menyahut gelombang pendidikan abad ke-21. Perkongsian Pembinaan Laman Pembelajaran - Fasa II Fasa II Projek Gandingan Sekolah telah diadakan pada 2 Ogos - 3 Ogos 2017 melibatkan tujuh buah sekolah sekitar IAB. Dalam fasa ini, guru-guru yang terlibat perlu berkongsi dengan rakan guru tentang penghasilan laman pembelajaran sepanjang menyertai projek ini. guru-guru yang terlibat dalam proram ini berasa teruja dan sangat seronok untuk berkongsi bahan site pembelajaran untuk digunakan di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran guru semakin mudah dan berkesan berbantukan laman pembelajaran. Pihak IAB juga memberikan input dan panduan dalam penghasilan bahan pembelajaran agar seiring dengan keperluan guru pada abad 21 ini yang menjurus kepada pemudahcara dan bukan pengajar yang tegar. ASelain itu, guru-guru yang terlibat juga dibimbing dalam penggunaan bahan sokongan VLE seperti Google Site, Kahoot dan pelbagai lagi kemudahan Open-source software (OSS) untuk kemudahan penghasilan laman pembelajaran yang lebih interaktif. Kursus Nvivo Kursus Nvivo Jabatan Penyelidikan Pendidikan (JPP), Pusat Penyelidikan, Penilaian dan TMK (PPPTMK) telah menganjurkan kursus penyelidikan mengunakan perisian NVivo kepada para peserta dan pensyarah IAB. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada pengguaan alatan untuk memproses data menggunakan perisian NVivo.Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Ahamad b Hussin Pensyarah Kanan, Jabatan Penyelidikan. Perisian NVivo adalah satu perisian yang dapat membantu anda bekerja dengan maklumat tidak berstruktur seperti dokumen, survey, audio, video dan gambar – supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik akhirnya. Biar apa saja bahan-bahan, apa saja bidang, apa saja pendekatan kajian anda, NVivo menyediakan ruangkerja untuk membantu anda pada setiap peringkat projek. Kursus Kajian Tindakan: Pengurusan dan Kepimpinan Kursus Kajian Tindakan: Pengurusan dan Kepimpinan Kursus Kajian Tindakan bertemakan Pengurusan dan Kepimpinan telah diadakan pada 23 Mei - 25 Mei 2017 melibatkan peserta seramai 30 orang. Peserta kursus terdiri daripada Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Negeri Selangor. Kursus ini menekankan kepada penghasilan kertas cadangan dan laporan kajian tindakan. Objektif utama kursus adalah untuk membudayakan amalan kajian tindakan di sekolah agar dapat memperbaiki kajian tindakan di peringkat sekolah. Para peserta kursus didedahkan kepada Konsep Asas Kajian Tindakan, mengenal pasti pernyataan masalah, matlamat kajian, Intervensi dalam menghasilkan kajian tindakan, metodologi dan penyediaan kertas cadangan kajian tindakan. Peserta berasa seronok dapat berkongsi idea dalam penghasilan kajian tindakan dengan mendapat bimbingan daripada pensyarah IAB. mereka berharap dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi untuk dibawa balik ke sekolah dan dikongsikan bersama-sama guru di sekolah nanti. Secara keseluruhannya, kursus ini mencapai objektif dan memberikan impak yang besar kepada kepimpinan sekolah dalam merencanakan tindakan di peringkat sekolah agar sekolah lebih cemerlang. Kursus Penyelidikan Kursus Penyelidikan Kursus penyelidikan khusus kepada pensyarah IAB dan peserta yang menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah telah diadakan pada 6 Mei - 7 Mei 2017. kursus ini mendedahkan kepada peserta untuk membuat kajian dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Ahamad dan Dr. Kumaravalu. Kursus ini merupakan nilai tambah kepada pensyarah dalam menghasilkan kajian yang bermutu. Peserta kursus dapat berkongsi idea dalam sumbangsaran dan pembentangan proposal kajian peserta. Diharapkan kursus ini memberikan impak yang besar kepada warga IAB untuk menghasilkan bahan kajian yang berkualiti dalam mempertabatkan pendidikan di peringkat antarabangsa. Bengkel Literasi Pentaksiran - Lembaga Peperiksaan Malaysia Bengkel Literasi Pentaksiran - Lembaga Peperiksaan Malaysia Pada 3 Februari 2017, Jabatan Penilaian Pendidikan, Pusat Penyelidikan, Penilaian dan TMK dalam usaha ke arah pemurnian modul kursus PBS telah mengadakan Bengkel Literasi Pentaksiran bersama pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tujuan perbengkelan tersebut diadakan adalah untuk : Mendapatkan maklumat terkini pelaksanaan pentaksiran sekolah di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pihak lembaga Peperiksaan Malaysia dari segi kesesuaian isi kandungan modul kursus PBS untuk pemimpin sekolah yang dihasilkan oleh Jabatan Penilaian Pendidikan. Program tersebut dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan kata alu-aluan daripada Dr.Ruzina binti Jusoh , Ketua Jabatan , Jabatan Penilaian Pendidikan. Program diteruskan dengan sesi pembentangan kandungan kursus Pengurusan PBS oleh Pn. Sharifah Nor Syed Abd.Rahman dan diikuti taklimat daripada pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr.Rahimah binti Adam. Antara pengisian taklimat tersebut ialah cadangan penambahbaikan kandungan kursus Pengurusan PBS dan maklumat terkini pentaksiran sekolah . Sesi soal jawab antara pensyarah dengan pegawai Lembaga Peperiksaan mencambah lebih banyak input tentang pelaksanaan pentaksiran sekolah. Program diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada pegawai LPM. Bengkel berakhir pada pukul 12.15 tengah hari. Kursus Pengurusan Berasaskan Sekolah Kursus Pengurusan Berasaskan Sekolah Pada 13 hingga 16 Mac 2017 dan 10 hingga 13 April 2017 , Jabatan Penilaian telah melaksanakan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada pengetua dan guru besar. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengurus sekolah mengurus pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara berkesan. Kursus ini memberi penekanan dan kefahaman tentang konsep pentaksiran formatif selaras dengan transformasi pentaksiran berdasarkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan kursus ini ialah memahami konsep pentaksiran, konsep PBS dan penjaminan kualiti . Kursus ini juga memberi penekanan kepada kaedah menjalankan pentaksiran berunsur KBAT dalam bilik darjah dan teknik menghasilkan rubrik. Kursus ini juga memberi pendedahan tentang pentaksiran autentik. Peserta juga berbincang tentang isu dan penambahbaikan dalam pengurusan pentaksiran di sekolah dan menghasilkan pelan tindakan pada akhir kursus. Kursus penilaian Organisasi Dengan Kaedah Data Envelopment Analysis (DEA) Kursus penilaian Organisasi Dengan Kaedah Data Envelopment Analysis (DEA) Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pensyarah untuk menjalakan Kursus Penialaian kecekapan Organisasi dengan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA) ini penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah sebelum melatih peserta-peserta kursus nanti. Hal ini penting kerana DEA merupakan satu kaedah yang dimplementasi untuk mengukur kecekapan pengurusan sesebuah organisasi secara kuantitatif. Bengkel ini telah membantu pensyarah mengetahui, memahami dan mengimplementasikan DEA dengan berkesan untuk penilaian program sebelum menjalankan Kursus Penilaian Kecekapan Organisasi Dengan Kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Kursus yang akan diadakan ini bertujuan untuk melatih pemimpin pendidikan menilai kecekapan program/ kursus yang dianjurkan oleh organisasi masing-masing dengan menggunakan kaedah DEA . Bengkel ini telah dilaksanakan pada 8 hingga 11 Oktober di IAB Bandar Enstek . Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 12 orang pensyarah dari IAB Bandar Enstek dan dua orang pensyarah dari setiap cawangan. Seramai 20 orang pensyarah telah mengikuti kursus ini dan mereka merupakan tenaga pengajar untuk Kursus Penilaian Kecekapan Organisasi yang akan diadakan pada tahun 2018. Data Envelopment Analisis (DEA) merupakan satu kaedah bukan parametrik yang telah diiktiraf sesuai untuk menilai kecekapan atau prestasi sesebuah organisasi seperti sekolah, universiti, hospital, kerajaan tempatan, pasukan polis dan sebagainya. Penggunaan DEA juga telah dilaporkan dalam pentaksiran kecekapan dan produktiviti organisasi komersial dalam bidang seperti perbankan, pembuatan, pertanian dan penerbangan. Kaedah DEA menjadi pilihan utama dalam mengukur kecekapan berbanding dengan lain kerana kaedah ini mampu mengambil kira banyak input (seperti buruh dan perbelanjaan) dan output (seperti tahap pengeluaran dan perkhidmatan) dalam sesuatu model penganalisaan. Hal ini menjadikan DEA satu metodologi yang sangat menarik untuk penilaian organisasi dalam sektor awam yang lazimnya melibatkan pelbagai indikator prestasi. Bengkel ini bertujuan untuk: Menghuraikan konsep kecekapan organisasi berasaskan kiraan nisbah output kepada input; Menentukan kecekapan organisasi secara visual (melalui kaedah graf); Menghuraikan konsep dan model Data Envelopment Analysis (DEA); Mengaplikasikan model DEA dalam penentuan kecekapan organisasi yang melibatkan pelbagai input dan output; Mengenal pasti organisasi yang cekap dalam kalangan kelompok organisasi sebaya untuk tujuan penandaarasan; Menentukan indeks kecekapan organisasi dengan bantuan aplikasi Microsoft Excel Solver; Menentukan indeks kecekapan organisasi dengan bantuan aplikasi Performance Improvement Management (PIM); Mengenal pasti sasaran penambahbaikan prestasi organisasi dengan manipulasi input dan output berasaskan hasil analisis DEA; Mengenal pasti data input dan data output yang relevan dalam penentuan kecekapan organisasi; dan Perancangan dan pembangunan pelan tindakan untuk meningkatkan kecekapan organisasi. LADAP SMK Mambau - Pembudayaan VLE dalam PdPc LADAP SMK Mambau - Pembudayaan VLE dalam PdPc Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) SMK Mambau dengan kerjasama IAB telah diadakan pada Sabtu, 7 Januari 2017. LADAP ini telah dikendalikan oleh Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK, Pusat Penyelidikan, Penilaian dan TMK. Seramai 85 orang guru telah terlibat dan 12 orang pensyarah terlibat sebagai fasilitator dalam LADAP ini. Pengisian LADAP ini adalah berkaitan dengan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran di sekolah, mengkhususkan penggunaan VLE dalam pembinaan site pembelajaran. Pihak sekolah merakamkan terima kasih di atas kerjasama ini dan berharap dapat diteruskan pada tahun – tahun hadapan sebagai satu usaha peningkatan guru-guru dalam penguasaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mendepani pembelajaran abad 21. Kursus Rintis: Pemikiran Komputasional Kursus Rintis: Pemikiran Komputasional Kursus rintis Pemikiran Komputasional telah diadakan pada 11 April - 12 April 2017 melibatkan 30 orang peserta yang terdiri daripada pengetua dan guru besar dari Daerah Seremban, Negeri Sembilan dan Daerah sepang, Selangor. Kursus ini mendedahkan kepada peserta untuk mengurus dan menerapkan Pemikiran Komputasional dalam kalangan guru-guru di sekolah menerusi teori, perbengkelan dan sumbang saran. Peserta berasa sesuatu perkara yang baru dan lebih tersusun dalam memahami konsep Pemikiran komputasional, walaupun ada persamaan dengan kemahiran KBAT dan I-Think. Pemikiran Komputasional ini adalah kemahiran kita untuk menyelesaikan masalah dengan cara mecerakinkan masalah itu kepada perkara-perkara kecil dan menyelesaikannya. pemikiran Komputasional ini merupakan modul kursus baharu bagi Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK. Semakan dan Penambahbaikan Modul Kursus Pemikiran Komputasional Panel Pengubal Modul Kursus Pemikiran Komputasional telah membuat semakan dan penambahbaikan kepada modul ini pada 12 Mei 2017 selepas diadakan kursus rintis. Beberapa perkara telah ditambahbaik untuk memantapkan modul ini sebelum dibentangkan oleh Cik Lim Siew Ngen kepada Lembaga Pengajian IAB. Setelah diluluskan, kursus ini akan disebarluaskan kepada PGB seluruh Malaysia melibatkan 10173 buah sekolah. LADAP Guru-Guru Kanan Bahasa Inggeris PPD Seremban: Penggunaan VLE dalam PdPc LADAP Guru-Guru Kanan Bahasa Inggeris PPD Seremban: Penggunaan VLE dalam PdPc Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Negeri Sembilan berkerjasama dengan Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK telah mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran VLE pada 22 mei 2017. Bengkel ini dihadiri oleh semua ahli Panitia Bahasa Inggeris Daerah Seremban seramai 51 orang. Fokus bengkel ini adalah penghasilan dan pembinaan laman pembelajaran dengan menggunakan VLE. Peserta memberikan respon yang menggalakkan dan berharap dapat bersama-sama meningkatkan penggunaan laman pembelajaran maya di peringkat sekolah masing-masing. My Digital Maker: Pemikiran Komputasional My Digital Maker: Pemikiran Komputasional Program yang dikendalikan oleh pihak MDEC dengan kerjasama Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK ini telah diadakan pada 22 Ogos - 23 Ogos 2017 di Sekolah Kebangsaan Parit 6, Sungai besar selangor dan pada 6 September - 7 September 2017 di SMK Kompleks KLIA. Seramai empat orang pensyarah terlibat dalam program ini. pengisisn utama program ini adalah membantu sekolah dalam mewujudkan sekolah hub digital yang merangsang murid-murid dan guru-gurunya merasai dunia digital yang sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam mendepani alam pembelajaran abad 21. Pihak IAB diminta oleh MDEC untuk menerapkan Pemikiran Komputasional dalam merencana pendidikan masa depan di sekolah ini. Pemikiran Komputasional merupakan cara berfikir di luar kota dalam menyelesaikan masalah agar dapat diselesaikan dengan mudah menggunakan pelbagai kaedah antaranya leraian dan pemperosesan data agar dapat digunakan dalam pembelajaran mereka. Guru-guru SK Parit 6 Sungai Besar Selangor Antara fungsi IAB di bawah Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK dalam program ini adalah membantu pihak sekolah memantau guru-guru melaksanakan Pemikiran Komputasional dalam pengajaran guru di dalam kelas dan semua aktiviti murid berteraskan kepada pembelajaran abad 21. Peserta program ini terdiri daripada guru-guru kanan mata pelajaran dan ketua bidang yang berperanan untuk menyebar luaskan kemahiran ini kepada guru-guru yang lainnya di sekolah masing-masing.