Mesyuarat Pusat Mesyuarat Pusat Mesyuarat Pusat Bil.1/2018 Mesyuarat Kali pertama pusat telah diadakan pada 11 Januari 2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Nor Laila Bt Kuslan, Ketua Pusat, Pusat PPTMK. urusetia bagi mesyuarat pusat pada tahun 2018 ialah Jabatan Penyelidikan Pendidikan. Antara perkara yang disentuh sepanjang mesyuarat adalah seperti berikut; 1. Semua ahli pusat perlu akur dengan arahan makluman dan integriti dalam perkhidmatan awam Malaysia. 2. Utamakan tugasan pusat dan jabatan, tugas sampingan boleh dilaksanakan mengikut keperluan. 3. Patuhi peraturan kewangan dan peraturan IAB 4. Kekalkan Kerja berpasukan supaya pusat PPTMK cemerlang 5. Bersama-sama membantu dalam pembinaan Modul Kepimpinan STEM Mesyuarat Pusat Bil.2/2018 Mesyuarat Pusat kali ini dipengerusi oleh Tuan Haji Shahrin bin Alias, Ketua Jabatan, Jabatan Latihan Pengurusan dan TMK menjalankan tugas ketua pusat kerana Dr. Nor Laila bt. Kuslan cuti rehat kerana menjalani pembedahan mata. Mesyuarat kali ini diadakan pada 23 Mac 2018. Antara perkara yang dibincangkan; 1. Pastikan aktiviti dan program pusat dan jabatan dijalankan mengikut takwim. 2. Amanat daripada pengarah , elakkan sebaran maklumat yang tidak pasti melalui media sosial. 3. Kursus PBS, DEA, Projek Gandingan Sekolah dan Pembinaan Modul STEM diteruskan mengikut jadual. Mesyuarat Pusat Bil.3/2018 Mesyuarat Pusat PPTMK kali-3 telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Port Dickson Negeri Sembilan pada 25 Julai 2018. Mesyuarat telah dipengerusi oleh Dr. Nurlaila bt Kuslan, Ketua Pusat PPTMK. Mesyuarat ini diadakan bersama-sama dengan program refleksi pusat dan beberapa perkara telah dibincangkan dan semua ahli pusat perlu patuh dan akur berkaitan dengan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat ini. Antaranya adalah seperti; 1. Semua ahli perlu patuh dan mengikut peraturan perkhidmatan seperti dalam SPI perkhidmatan. 2. Perlu mematuhi peraturan kewangan dan integriti dalam perkhidmatan. 3. Penjajaran semula kursus jabatan mengikut peruntukan kewangan ABM IAB Induk Bandar Enstek. 4. Kerjasama dalam melaksanakan tugasan dan utamakan kerja-kerja pusat, jabatan. Kursus Kajian Tindakan: Pengurusan dan Kepimpinan Kursus Kajian Tindakan: Pengurusan dan Kepimpinan Kursus Kajian Tindakan Bil.1/2018 dan Bil.2/2018 telah diadakan di SMK Presint 8 Putrajaya dan di SK Taman Cuepacs Ulu Langat Selangor. Kedua-dua kursus tersebut diadakan serentak pada 28 Mac - 30 Mac 2018 Sasaran kursus ini adalah kepada Guru besar dan Pengetua (PGB). Seramai 60 orang PGB terlibat dalam kursus ini. Kursus ini dilaksanakan tanpa melibatkan kos dan atas tanggungjawab peserta dan PPD masing-masing. Peserta Kursus didedahkan kepada konsep kajian tindakan, ciri-ciri dan format penulisan kajian tindakan. Sepanjang kursus selama tiga hari, peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu sepanjang kursus ini diadakan. Kursus ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif kursus tersebu. Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bengkel Literasi Pentaksiran Pada 6 Februari 2018, Jabatan Penilaian Pendidikan, Pusat Penyelidikan, Penilaian dan TMK dalam usaha ke arah pemurnian modul kursus PBS telah mengadakan Bengkel Literasi Pentaksiran bersama pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Program ini disertai oleh semua pensyarah kanan dari pusat PPTMK dan Jabatan Pentaksiran Pemimpin Sekolah. Tujuan perbengkelan tersebut diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat terkini pelaksanaan pentaksiran sekolah di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Program tersebut dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan kata alu-aluan daripada Dr.Ruzina binti Jusoh , Ketua Jabatan , Jabatan Penilaian Pendidikan. Program diteruskan dengan sesi taklimat daripada pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr.Rahimah binti Adam. Antara pengisian taklimat tersebut ialah maklumat terkini Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PTD dan pentaksiran Alternatif . Sesi soal jawab antara pensyarah dengan pegawai Lembaga Peperiksaan mencambah lebih banyak input tentang pelaksanaan pentaksiran sekolah. Program diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada pegawai LPM. Bengkel berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Diharapkan program ini dapat memberikan impak yang besar kepada semua ahli pusat dalam mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran. Pada 26 Februari hingga 1 Mac 2018, Jabatan Penilaian telah melaksanakan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada 28 orang guru besar Negeri Sembilan dan Melaka. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengurus sekolah mengurus pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara berkesan. Kursus ini memberi penekanan dan kefahaman tentang konsep pentaksiran formatif selaras dengan transformasi pentaksiran berdasarkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan kursus ini ialah memahami konsep pentaksiran, konsep PBS dan penjaminan kualiti . Kursus ini juga memberi penekanan kepada kaedah menjalankan pentaksiran berunsur KBAT dalam bilik darjah, pendedahan kaedah pentaksiran autentik.dan teknik menghasilkan rubrik. Kursus ini juga memberi peluang kepada peserta berbincang tentang isu dan penambahbaikan dalam pengurusan pentaksiran di sekolah dan menghasilkan pelan tindakan pada akhir kursus. Projek Sekolah Gandingan IAB: Membudayakan Penggunaan VLE sebagai bahan PdPc Projek Sekolah Gandingan IAB: Membudayakan Penggunaan VLE sebagai bahan PdPc Projek Sekolah Gandingan merupakan program pusat yang tidak melibatkan kewangan dan merupakan inisiatif untuk membantu sekolah meningkatkan keupayaan guru-guru yang terlibat dalam projek ini mahir dalam penggunaan VLE dalam PdPc.Projek ini adalah kesinambungan daripada tahun-tahun yang lepas, dan telah melangkau 4 tahun pelaksanaannya. Projek ini telah diadakan pada 10 April - 11 April 2018. Sekolah yang terlibat adalah sebanyak 7 buah, 4 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan membantu pihak sekolah dalam memperkasakan VLE di sekolah masing-masing dan menjadikan VLE sebagai satu medium pengajaran yang menarik dan berkesan. Sambutan yang diberikan kepada program ini sangat memberangsangkan dan memberi impak yang besar kepada guru-guru yang terlibat. Pembinaan Modul Kursus Kepimpinan STEM Pembinaan Modul Kursus Kepimpinan STEM STEM merupakan singkatan kepada bidang disiplin Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Bahasa Inggeris: "Engineering"), dan Matematik. Terma ini biasanya digunakan di sekolah - sekolah untuk menimbulkan rasa kompetitif dalam bidang kemajuan teknologi. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM adalah antara agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Sehubungan itu, KPM giat berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu, pendidikan STEM penting dalam menyediakan murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Pihak IAB melalui Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Modul Kursus Kepimpinan STEM bagi memberi pendedahan kepada PGB untuk menguruskan STEM di peringkat sekolah. Pegawai meja untuk kursus ini adalah Dr. Liew Yon Foi. Antara Objektif kursus ini adalah; Meningkatkan pemahaman kepada dasar dan konsep inisiatif memperkukuhkan STEM. Meningkatkan keupayaan membangun visi dan misi yang jelas di dalam inisiatif memperkukuhkan STEM di sekolah. Meningkatkan kemahiran membina pelan tindakan dan merancang serta melaksanakan pelan tindakan tersebut bagi inisiatif memperkukuhkan STEM Pelbagai perancangan telah dilaksanakan antaranya bengkel TNA untuk membina instrumen keperluan kursus STEM, Pembinaan Modul Kursus Kepimpinan STEM, Bengkel Penulisan Modul Kursus kepimpinan STEM dan Kursus Rintis Kepimpinan STEM. Refleksi Pusat: Mencemerlangkan Organisasi Refleksi Pusat: Mencemerlangkan Organisasi Refleksi Pusat PPTMK telah diadakan pada 23 Julai - 26 Julai 2018 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan (BTPNNS). Refleksi pusat diadakan bertujuan untuk; menyemak semula perancangan pusat dan jabatan serta membuat penjajaran semula dengan kewangan ABM IAB Induk berkaitan dengan kursus dan latihan yang akan dikendalikan sepanjang tahun 2018.Selain itu, semua hali telah membincangkan program yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 mengikut jabatan masing-masing agar segala kursus dan latihan yang dirancang menepati dengan kehendak pihak IAB. Program ini juga diadakan untuk mewujudkan konsep kekitaan dalam pusat agar segala tugasan dapat dilaksanakan dengan licin dan sempurna. Antara pengisian program ini adalah semakan semula kursus, mesyuarat pusat, mesyuarat jabatan dan team building. Program refleksi ini, dilaksanakan bersama-sama dengan pusat PDSP sebagai rakan stratigik dalam memperkasakan IAB sebagai pusat latihan kepada pihak pentadbir sekolah. Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. Pengisian program yang padat, namun begitu terdapat ruang juga untuk bekerjasama dengan pihak PDSP dalam melaksanakan program team building. Sebanyak 6 aktiviti yang dapat diadakan sepanjang aktiviti team building ini; antaranya berlari sambil membawa sudu dan bola ping pong berpasukan, straw dan gelang getah, komunikasi berkesan, membawa cawan dengan straw dan mengisi air dalam botol menggunakan span. kerjasama yang diberikan di antara kedua pusat ini sangat baik dan boleh diteruskan pada masa akan datang. Program ini juga dihadiri oleh Puan Misterine, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan dan En. Mazlan Timbalan Pengarah Khidmat Profesional. Kehadiran beliau berdua pengurusan tertinggi IAB telah memberikan suntikan motivasi kepada kami untuk melaksanakan program ini dan memberikan impak yang baik dalam perancangan pusat agar lebih cemerlang. Yang Berusaha En. Mazlan juga telah memberi perkongsian profesional kepada kami sebagai satu motivasi dan semangat dalam membuat perancangan dan bersedia untuk menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 dengan ilmu yang jitu demi mendepani cabaran pendidikan abad 21 ini. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Mohd Fakhruddin, Ketua Pusat PDSP dalam ucapannya, beliau berharap kerjasama antara kedua-dua pusat ini dapat diteruskan dan dapat dimantapkan pada masa akan datang. Beliau juga berharap segala pengalaman dan keputusan yang dibuat adalah mencerminkan kecemerlangan IAB sebagai pusat latihan kepimpinan pemimpin sekolah. Tugas para pemimpin sekolah yang mencabar memerlukan panduan yang berkesan daripada IAB untuk mendepani segala cabaran yang mendatang dalam pentadbiran sekolah dan murid-murid yang semakin terdedah dengan dunia globalisasi