MESYUARAT PUSAT MESYUARAT PUSAT Mesyuarat Pusat Bil.1/ 2019 Pusat PPTMK telah mengadakan mesyuarat pertama pada 10 Januari 2019, Jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IAB Bandar Enstek. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Nor Laila bt Kuslan. Ketua Pusat. Beliau telah memperingatkan semua ahli pusat agar; 1. Mengikut aturan kerja, datang mengikut masa dan jika ada kesukaran ambil waktu yang sesuai 2. Bajet untuk pusat telah dikurangkan hampir kepada 50 peratus dan perlu berjimat dalam perbelanjaan 3. Mendapat tugasan baru dibawah Inisiatif#112 Pemerkasaan IAB dan IPG 4. Menyampaikan amanah pengarah agar semua pensyarah perlu multi-skill / kepakaran perlu ditingkatkan 5. Mengadakan program ke sekolah sebagai usaha sama dan membantu pihak sekolah 6. Perlu mengadakan kursus berbayar, untuk meningkatkan IAB sebagai pusat latihan Selain itu, Ketua pusat juga memperingatkan kepada semua ahli agar memberi keutamaan kepada tugasan dalam pusat dan jabatan sebelum melaksanakan tugasan di pusat-pusat lain. Dalam mesyuarat ini, setiap jabatan telah membentangkan perancangan dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019. Semoga pusat PPTMK lebih cemerlang pada tahun-tahun yang mendatang. PERKONGSIAN PROFESIONAL - BICARA BUKU PERKONGSIAN PROFESIONAL - BICARA BUKU Program Perkongsian Profesional Bil.1/2019 Program ini merupakan program pusat yang memerlukan setiap ahli membentangkan sebuah buku yang telah dibaca dan berkongsi input berkaitan dengan buku kepada ahli pusat. Buku yang dipilih adalah berkaitan dengan kepimpinan atau tajuk yang terbuka dan dipilih oleh ahli pusat. Pada kali ini Dr. Ruzina bt Jusoh dan Cik Faizathoin bt Zulkarnaini telah membentangkan buku yang dibaca dan input buku tersebut dikongsikan kepada rakan yang lain dalam pusat ini. Tajuk buku adalah seperti berikut; 1. Leadership For a New Generation (The Steve Jobs Way), Jay Elliot , 2011 2. How to Win Friends and Influence People, Dale Carnegie,1981 Perkongsian profesional akan disambung pada masa akan datang dengan ahli PPTMK yang lain untuk berkongsi input buku yang dibaca oleh mereka. BENGKEL SEMAKAN MODUL JABATAN BENGKEL SEMAKAN MODUL JABATAN Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK Jabatan ini telah mengadakan Bengkel Semakan Modul Kursus Jabatan mengikut tarikh yang telah ditakwimkan dan mengikut jabatan. Bagi Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK telah mengadakan Bengkel semakan Modul Kursus pada 3 hingga 4 Januari 2019. Sebanyak sembilan modul telah disemak semula dan dikemaskini agar mengikut keperluan semasa kursus IAB. Modul-modul ini akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut keperluan kursus dan memasukkan unsur-unsur teknologi terkini terutamannya dalam pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Jabatan Penyelidikan Pendidikan Bengkel Pemantapan Modul Jabatan Penyelidikan Pendidikan (JPP) telah diadakan pada 25 - 27 Januari 2019. Bengkel ini menjurus kepada pembinaan modul e-pembelajaran tentang kajian tindakan. Meyahut seruan IAB yang mewajibkan setiap jabatan perlu menyediakan satu kursus secara dalam talian, dengan ini jabatan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan kursus kajian tindakan sebagai kursus dalam talian. Pecahan kursus ini adalah 6 jam secara dalam talian dan 10 jam secara bersemuka. Peserta kursus perlu menyelesaikan kursus e-pembelajaran sebelum menghadiri kursus secara bersemuka di IAB. Diharapkan kursus ini memberikan impak yang baik dan menggalakkan peserta untuk membuat kajian di peringkat sekolah agar kajian tindakan sebagai satu budaya di sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan PdPc dan organisasi. KURSUS KEPIMPINAN STEM DAN BENGKEL STEMEC KURSUS KEPIMPINAN STEM DAN BENGKEL STEMEC Dalam usaha untuk memperkukuhkan pendidikan STEM di sekolah, Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMK telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan inisiatif#49 dengan kerjasama BPK dan EPRD bagi melaksanakan Kursus Kepimpinan STEM dan Bengkel STEMEC. Kursus Kepimpinan STEM fokus kepada kepimpinan sekolah iaitu PGB dan STEMEC adalah fokus kepada kewujudan sebuah Model sekolah STEM di setiap negeri di Malaysia. Kursus ini telah diadakan pada 25 -27 Februari 2019 di IAB Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan. Kursus ini juga dijalankan di IAB cawangan Utara dan IAB Cawangan Genting Highlands. TOT KURSUS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL TOT KURSUS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL TOT Kursus Pemikiran Komputasional telah diadakan pada 20 hingga 21 Mac 2019. TOT ini melibatkan pensyarah dari cawangan iaitu IAB Cawangan Utara dan IAB cawangan Genting Highlands. TOT ini menekankan bagaimana untuk menyampaikan kursus kepada PGB seluruh Malaysia bagi memahami bagaimana Pemikiran Komputasional diterapkan dalam PdPc guru dan bagaimana murid menggunakan pemikiran komputasional diterapkan dalam pembelajaran mereka. Pemikiran komputasional adalah kemahiran asas yang penting dalam menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer. Pemikiran komputasional dapat menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Teknik yang digunakan dalam untuk menyelesaikan masalahadalah seperti Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition), Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan(Generalisation). Dalam erti kata lain, Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha meleraikan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decomposition), cuba merumuskan idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengecam corak (Pattern Recognition) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan keboleh laksanaan prosedur tersebut (Evaluation). BENGKEL LITERASI PENTAKSIRAN BENGKEL LITERASI PENTAKSIRAN Bengkel Literasi Pentaksiran telah dikendalikan oleh Jabatan penilaian Pendidikan pada 23 Januari 2019. Bengkel ini adalah kerjasama dengan Bahaguian pembangunan Kurikulum kementerian pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tujuan bengkel ini adalah untuk mendedahkan kepada ahli pusat berkaitan pentaksiran terkini tentang perkembangan pendidikan di Malaysia. Fokus utama bengkel ini adalah untuk penerangan berkaitan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) BENGKEL PENYELIDIKAN: KAJIAN IMPAK NPQEL 2.0 BENGKEL PENYELIDIKAN: KAJIAN IMPAK NPQEL 2.0 Jabatan Penyelidikan Pendidikan (JPP) telah dipertanggungjawabkan sebagai urusetia penyelidikan bagi Kajian Impak NPQEL 2.0. bengkel ini telah diadakan pada 19 hingga 22 Mac 2019 di S402 IAB Bandar Enstek. Pensyarah yang terlibat adalah dari Jabatan Penilaian, Jabatan Penyelidikan dan Jabatan Pembangunan Pengurusan, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kursus NPQEL yang dikendalikan oleh IAB menepati atau melengkapi keperluan kepimpinan sekolah berprestasi tinggi. Bengkel kajian kali nin adalah untuk menilai semula dan membina instrumen kajian bagi mengukur kompetensi peserta yang terlibat dalam kursus NPQEL. Model yang digunakan adalah Model Penilaian kirkpatrick. PIAGAM INISIATIF #112 PEMERKASAAN IAB DAN IPG PIAGAM INISIATIF #112 PEMERKASAAN IAB DAN IPG Institut Aminudin Baki (IAB) telah dipertanggungjawabkan oleh PADU untuk menerajui Piagam Inisiatif #112 Pemerkasaan IAB dan IPG. Pengurus program ini adalah Yang Berusaha En Mazlan bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah khidmat Profesional. Terdapat tiga KPI yang perlu dilaksanakan iaitu; 1. KPI 1 - Peningkatan Kompetensi Generek dan Fungsional 2. KPI 2 - Pengiktirafan Program IAB 3. KPI 3 - Pelaksanaan Scholarly Activities Pusat PPTMK telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan KPI 3, yang diketuai oleh Tuan Haji Md. Rahaimi bin Rashid, Ketua Jabatan Penyelidikan. Urusetia untuk inisiatif ini adalah Puan Sharifah Nor bt Syed Ab. Rahman. Selain itu terdapat bidang atau aktiviti yang terangkum di dalam KPI 3 itu terdiri daripada; 1. Direktori Kepakaran - Puan Maryati bt Atan 2. Kolokium Scholarly Activities - Cik Lim Siew Ngen / Puan Aziah bt Yusof 3. Penyelidikan - Dr, Zarina bt Yassin / Dr. Melati Jilon / Dr. Ahamad Rafai b Ayudin / Dr. Abd wahab b Muda 4. Penulisan dan Penerbitan - Puan Marina bt Abas / Cik Lim Siew Ngen 5. Program Sandaran - Cik Chang Fui Chin / Cik Hajah Siti Fadzlun bt Abd. Thani / Haji Shahrin b Alias 6. Pembangunan Cendekiawan - Dr. Ruzina bt Jusoh MANDAT Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan (JKLPKP) Bil. 1/2019 yang dipengerusikan oleh Pengarah IAB telah memutuskan bahawa satu bengkel penyelidikan yang bertujuan membimbing pensyarah IAB dalam membina instrumen impak latihan/program diadakan. Mesyuarat bersetuju semua pemegang inisiatif PPPM dan pegawai meja program IAB wajib melaksanakan kajian/penyelidikan dan hendaklah menghantar penyertaaan dalam bengkel berkenaan yang akan dikendalikan oleh Jabatan Penyelidikan Pendidikan PPTMK.