Soalan Lazim

Soalan-soalan Lazim

BIL

SOALAN

BIL

JAWAPAN

Q1

Apakah itu Program Master Trainer (PMT) IAB?

A1

Program untuk membangun, mentaksir dan mentauliahkan professional Trainer dan Coach secara sistematik bagi meningkatkan kompetensi kejurulatihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

Q2

Bolehkah seorang pensyarah IAB mengendalikan sesi latihan tanpa pensijilan  PMT IAB?

A2

Boleh namun begitu semua jurulatih digalakkan untuk mendapat sijil MTIAB untuk memastikan kualiti perkhidmatan dalam bidang latihan dan pembangunan IAB.

Q3

Siapakah yang layak memohon persijilan PMT IAB?

A3

Semua pegawai perkhidmatan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terlibat dalam pembelajaran,  dan pembangunan individu/organisasi serta pengamal kepimpinan dan pengurusan organisasi pendidikan di  Malaysia layak memohon MTIAB.

Q4

Adakah kursus persediaan bagi persijilan PMT IAB wajib dihadiri oleh semua pemohon PMT IAB?

A4

Ya, kerana ia menjadi syarat persijilan PMT.

Q5

Siapakah badan/agensi yang mentauliahkan persijilan Program Master Trainer IAB (PMTIAB)?

A5

Lembaga Pengajian IAB.

Q6

Siapakah yang mengiktiraf badan PMT ELM IAB?

A6

IAB sebagai pusat  latihan dan pembangunan kepimpinan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai sijil MS ISO 9001:2008 sebagai  kredibiliti untuk mengiktiraf personal yang terlibat dalam latihan dan pembangunan.

Q7

Siapakah ahli-ahli dalam Lembaga Pengajian IAB?

A7

Pengurusan Tertinggi IAB dan pakar-pakar yang terpilih.

Q8

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh seorang pensyarah sekiranya dia tidak berpuas hati dengan penilaian pentaksiran?

A8

Boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengajian IAB.

Q9

Berapa lama tempoh masa yang diperlukan oleh seorang Trainer untuk melayakkannya menghadiri kursus persediaan bagi persijilan PMT?

A9

Bergantung kepada tempoh masa syarat umum individu bagi persijilan yang dipohon.

Q10

Adakah persijilan Certified Trainer (CT) diperlukan terlebih dahulu sebelum memohon persijilan Certified Coach (CC) ?

A10

Tidak. Persijilan CC (Coach) dan Persijilan CT (Trainer) adalah dua persijilan yang berbeza. Pensijilan CT  ialah bagi mereka yang terlibat dalam latihan manakala pensijilan CC  adalah bagi mereka yang terlibat dalam bimbingan  melalui khidmat coaching, mentoring dan konsultasi.