SEJARAH PENUBUHAN
SEJARAH PENUBUHAN
Penubuhan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah telah bermula apabila pihak pengurusan IAB Induk mengemukakan dan membentangkan Kertas Cadangan penubuhan IAB Zon Sabah dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil 1/2010. Hasil permuafakatan bersama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah maka premis Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Bukit Padang, Kota Kinabalu telah diperolehi daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. IAB Cawangan Sabah telah memulakan operasinya pada 01 Oktober 2010 di pejabat lama PPD Kota Kinabalu dan pada Januari 2016 telah berpindah ke bangunan fast track di Jalan Tuaran.
Pada 25 Februari 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Sektor Pelajaran (JTPK), yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) KPM telah meluluskan peruntukan untuk pengoperasian IAB Cawangan Sabah menggunakan kabin (kaedah pasang siap). Keluasan pembinaan pejabat pasang siap IAB Cawangan Sabah adalah dianggarkan 7.04 ekar. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching pada 21 Mac 2015 bertempat di tapak Kampus IAB Cawangan Sabah. Majlis penyerahan bangunan pasang siap IAB Cawangan Sabah daripada pihak JKR kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang disaksikan oleh Pengarah Institut Aminuddin Baki, Puan Hajah Serina binti Sauni telah disempurnakan pada 26 Februari 2016.
Lokasi IAB Cawangan Sabah terletak di KM 15, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu iaitu laluan utama bypass Tuaran. Mula beroperasi pada 01 Oktober 2015. IAB Cawangan Sabah menguruskan para peserta kepimpinan dan pengurusan pendidikan dari negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Antara fasiliti yang terdapat di sini ialah Bilik Kuliah Sipadan, Bilik Kuliah Sepilok, Bilik Mesyuarat Manukan dan Dewan Tertutup Danum.
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah diwujudkan untuk melaksanakan kursus dan latihan untuk pengurus dan pemimpin pendidikan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.
HASRAT PENUBUHAN
- Menjalin hubungan strategik dengan JPN Sabah untuk memastikan bahawa program-program latihan yang disusun oleh IAB Cawangan Sabah mendapat liputan meluas dan sambutan daripada warga pendidik yang memerlukan latihan untuk membina ketrampilan pengurusan dan kepimpinan sekolah berkualiti.
-
Niche area IAB Sabah adalah sekolah pulau dan pedalaman.