FUNGSI 1. Latihan dan Pembangunan Berperanan sebagai jurulatih dan fasilitator dalam mengendalikan sesi latihan dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah andragogi. Sesi latihan yang melibatkan peserta dengan menggunakan teknik penilaian berkaitan dapat mengukur tahap kompetensi peserta bagi mencapai hasil latihan berkesan. 2. Khidmat Pembangunan Organisasi Merancang, melaksana dan memberi khidmat kepakaran pembangunan organisasi dan runding cara secara profesional, aktif dan berkesan dalam bidang pengkhususan bagi meningkatkan prestasi dan keupayaan pegawai perkhidmatan pendidikan dan organisasi. 3 Penyelidikan Merancang, mengendali dan menganalisis kajian yang menyumbang kepada perkembangan dalam pelbagai aplikasi untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kepakaran 4. Penerbitan Membangunkan dokumen program/modul/jurnal/buku/ artikel/laporan dan instrumen dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan serta menyebar luas hasil penulisan ilmiah tersebut untuk meningkatkan profesionalisme pemimpin pendidikan. 5. Pentaksiran Merangka dan menggubal instrumen pentaksiran bagi keperluan pemimpin Pendidikan untuk mencapai objektif kualiti dan standard yang ditetapkan. 6 Pasukan Pemikir Memberi khidmat kepakaran, merancang dan melaksanakan pembangunan dokumen/program /modul dan instrumen dalam bidang pengkhususan untuk meningkatkan bidang pengkhususan Pakar Bidang Khusus Pendidikan. MATLAMAT Pemegang taruh (Stakeholder) dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan teras yang ditawarkan. Barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi Pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Warga kerja IAB yang sejahtera dan berkompetensi tinggi Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap, berhemat dan memberi pulangan nilai (value for money)