1. Integriti |
Menghayati dan menerapkan nilai integriti diri berasaskan pemikiran, amalan dan tindakan melalui tadbir urus kendiri yang cemerlang. |
2. Profesionalisme |
Mengamalkan budaya kerja yang progresif dan dinamik, berketerampilan, beriltizam dan mempunyai keazaman yang kuat untuk membangunkan pemimpin pendidikan yang kompeten dan berprestasi tinggi dalam era digital secara berterusan. |
3. Budaya Permuafakatan |
Menampilkan inisiatif-inisiatif strategik yang baharu bagi menggalakkan perkongsian ilmu, percambahan idea, pembelajaran kolaboratif, aplikasi pendekatan sistem dan mewujudkan platform penanda aras amalan-amalan terbaik bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga IAB. |
4. Organisasi Latihan dan |
Pembentukan budaya pembelajaran berterusan melalui pewujudan iklim tempat kerja yang harmonis dan boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan keterampilan individu dari aspek berkomunikasi secara berkesan, berfikiran terbuka dalam menyampaikan idea, pandangan dan teguran. |