Institut Aminuddin Baki menetapkan objektif-objektif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Objektif-objektif kualiti merupakan sasaran KPI yang telah ditetapkan dalam Pelan Induk Kecemerlangan IAB 2022-2026. Objektif-objektif tersebut ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan.