OGOS
CERAMAH MAAL HIJRAH
Tarikh : 11 Ogos 2022Tempat : IABCU
Peserta : Semua warga IABCU (Islam)
Urus setia : Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI)
Ringkasan aktiviti :
Ceramah Maal Hijrah bertajuk Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti disampaikan oleh Y.Brs. Dr. Mohd Nizho bin Abdul Rahman, Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM.

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA
Tarikh : 10 Ogos 2022Tempat : Gelanggang Bola Tampar IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI)
Ringkasan aktiviti :
Aktiviti gotong-royong mengacau bubur asyura dilaksanakan dengan cukup sempurna bertempat di parkir kenderaan staf IABCU. Sebanyak lima kumpulan staf dan pekerja menjayakan program ini. Program ini dilihat mampu meningkatkan rasa tanggungjawab, semangat kerja berpasukan dan saling bekerjasama sesama warga organisasi.

AKTIVITI KECERGASAN STAF IABCU
Tarikh : 4 Ogos 2022Tempat : Gelanggang Bola Tampar IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jawatankuasa Sukan, Rekreasi dan Kesenian IABCU
Ringkasan aktiviti :
Aktiviti kecergasan ini dianjurkan supaya para warga IABCU berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan berada pada tahap kecergasan yang sepatutnya. Aktiviti dimulakan dengan pergerakan pemanasan badan melalui senamrobik dan diikuti dengan pertandingan bola tampar.

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN ,PERLIS
Tarikh : 2 Ogos 2022Tempat : IABCU
Peserta : Peserta lawatan dari PTSS, Perlis
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
Ringkasan aktiviti :
IABCU telah menerima lawatan penandaarasan EKSA dari PTSS, Perlis. Tujuan lawatan adalah untuk melihat amalan-amalan terbaik EKSA yang dilaksanakan di IABCU sebagai perkongsian bersama.

JULAI
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI
Tarikh : 31 Julai 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Encik Ahmad Bukhari bin Ismail dan Puan Harlina binti Md. Ali yang merupakan AKP di IABCU telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. Kedua-dua mereka merupakan staf yang telah lama berkhidmat di IABCU dan banyak sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan mereka berdua. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Encik Ahmad Bukhari bin Ismail dan Puan Harlina binti Md. Ali.

BENGKEL PEMBANGUNAN STAF TAHUN 2022
Tarikh : 25-27 Julai 2022Tempat : IABCU
Peserta : Seramai 50 orang peserta (warga IABCU)
Urus setia : Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Ringkasan aktiviti :
Bengkel ini diadakan di dua lokasi iaitu di rekreasi Bukit Wang dan Pulau Bidan Kedah. Tujuan aktiviti adalah untuk mengeratkan lagi semangat kerjasama dan ukhuwah sesama warga di samping mewujudkan kecintaan kepada alam sekitar.
BUKIT WANG


MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2022
Tarikh : 24 Julai 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Pendidikan Komuniti dan Berkeperluan Khusus & Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulanan Julai 2022 yang bertemakan Warga Sejahtera Organisasi Cemerlang dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Badri bin Hj. Ahmad manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh Encik Mohd Syukarmi bin Zakaria. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Mohd Shamil bin Seman. Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU serta penyampaian sijil-sijil kepada yang terlibat.

KONVENSYEN MINI KIK 2022
Tarikh : 17 Julai 2022Tempat : IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
Ringkasan aktiviti :
Konvensyen Mini KIK pada kali ini bertemakan Sinergi Pemangkin Kreativiti dan Inovasi Organisasi dengan lapan penyertaan yang terdiri daripada PPD Langkawi, PPD Kubang Pasu, PPD Kulim Bandar Baharu dan IABCU sendiri. Dalam pertandingan pada kali ini PPD Kulim Bandar Baharu muncul sebagai juara manakala persembahan terbaik pula diraih oleh PPD Kubang Pasu. Hadiah-hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh Tuan Pengarah IABCU, YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG IABCU 2022
Tarikh : 14 Julai 2022Tempat : IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jawatankuasa Induk EKSA
Ringkasan aktiviti :
Aktiviti gotong-royong ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) IABCU meliputi kawasan persekitaran institusi ini dalam usaha meningkatkan komitmen yang tinggi dari sudut amalan kerja terbaik, cekap, dan sistematik.

JUN
LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI UITM SERI ISKANDAR
Tarikh : 2 Jun 2022Tempat : IABCU
Peserta : Peserta lawatan dari UITM Seri Iskandar
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
Ringkasan aktiviti :
IABCU telah menerima lawatan penandaarasan EKSA dari UITM Seri Iskandar, Perak. Tujuan lawatan adalah untuk melihat amalan-amalan terbaik EKSA yang dilaksanakan di IABCU sebagai perkongsian bersama.

MEI
LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI RECSAM PULAU PINANG
Tarikh : 30 Mei 2022Tempat : IABCU
Peserta : Seramai 13 orang pelawat dari RECSAM, Pulau Pinang
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
Ringkasan aktiviti :
Seramai 13 orang staf dari RECSAM Pulau Pinang telah mengadakan lawatan penandaarasan EKSA di IABCU. Tujuan lawatan adalah untuk melihat amalan-amalan terbaik EKSA yang dilaksanakan di IABCU sebagai perkongsian bersama.

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
Tarikh : 29 Mei 2022Tempat : Ruang Legar Dewan Anggerik, IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Badan Amal dan Kebajikan (BAKI) IABCU
Ringkasan aktiviti :
Sambutan Hari Raya bertemakan Baju Raya berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh ukhuwah. Pelbagai jenis makanan disajikan oleh pihak urusetia majlis.

LAWATAN PROFESIONAL TKPPM KE IABCU
Tarikh : 22 Mei 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Lawatan profesional oleh Y.Brs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) telah berlangsung di auditorium IABCU. Di akhir bicara profesional beliau para pensyarah IABCU diberi peluang mengadakan sesi dialog berhubung isu-isu pendidikan dan semasa.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU, APC 2021 DAN JASAMU DIKENANG
Tarikh : 16 Mei 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU & Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi
Ringkasan aktiviti :
Majlis sambutan Hari Guru 2022 bertemakan Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Kedah, lagu IAB dan lagu Guru Malaysia. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Kamarudin bin Saari manakala bacaan ikrar diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Nadzri bin Ishak. Majlis juga meraikan persaraan Puan Jamilah binti Mansor dari unit kewangan IABCU yang bersara wajib. Penyampaian sijil-sijil APC disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah IABCU.

APRIL
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022
Tarikh : 24 April 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran & Jabatan Kepimpinan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulanan April 2022 yang bertemakan Warga Berprestasi Organisasi Berkualiti dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Syukarmi bin Zakaria manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh Encik Mohd Yazer bin Yahaya. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Adz Jamros binti Hj. Jamali (Pensyarah Cemerlang DG52). Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU serta penyampaian sijil-sijil kepada yang terlibat.

MAJLIS IHYA RAMADAN 1443 HIJRAH
Tarikh : 19 April 2022Tempat : IABCU
Peserta : Semua warga IABCU yang beragama Islam
Urus setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)
Ringkasan aktiviti :
Sambutan Ihya Ramadan diimarahkan dengan majlis khatam Al-Quran, ceramah, bayaran zakat fitrah, sumbangan bakul Ramadan dan iftar.
Carilah Lailatulqadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang akhir dari Ramadan -[HR Bukhari 1878].

MAC
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHAN
Tarikh : 31 Mac 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU (Islam)
Urus setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)
Ringkasan aktiviti :
Majlis pelancaran program Ihya Ramadhan telah berlangsung di auditorium IABCU dengan sajian ceramah agama bertajuk Perancangan Strategi Ihya Ramadhan. Ceramah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Aminurraasyid bin Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAC 2022
Tarikh : 24 Mac 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Penilaian dan Pentaksiran & Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2022 yang bertemakan Warga Berfungsi, Organisasi Berprestasi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Syukarmi bin Zakaria manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh Encik Azhan bin Anuar. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Maimunah binti Husien. Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU serta penyampaian sijil-sijil kepada yang terlibat.

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI ENCIK ISHAK BIN IBRAHIM
Tarikh : 17 Mac 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Majlis persaraan Encik Ishak bin Ibrahim, Pensyarah Kanan DG54 telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat di IABCU selama tiga belas tahun dan banyak memberi sumbangan dalam mencemerlangkan organisasi. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Encik Ishak bin Ibrahim.

PENDAFTARAN PESERTA NPQEL AMBILAN 2022
Tarikh : 5 Mac 2022Tempat : IABCU
Peserta : Peserta NPQEL
Urus setia : Jabatan Pembangunan, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP)
Ringkasan aktiviti :
Seramai 150 orang peserta NPQEL mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus NPQEL di IABCU. Peserta juga telah diberi taklimat berkaitan S.O.P yang seharusnya dipatuhi bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang masih lagi aktif pada masa sekarang.

FEBRUARI
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI TUAN HAJI HAMZAH BIN SAID
Tarikh : 28 Februari 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Majlis persaraan Tuan Haji Hamzah bin Said, Pensyarah Cemerlang DG54 telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat di IABCU dan banyak memberi sumbangan dalam mencemerlangkan organisasi. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Tuan Haji Hamzah bin Said.


WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA (IABCU) SIRI 1/2022
Tarikh : 27 Februari 2022Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga KPM
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 1/2022 yang bertajuk Kepentingan dan Potensi Kepimpinan Guru Dalam Mencemerlangkan Organisasi menampilkan tetamu jemputan iaitu YBhg. Dato' Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh, Penasihat Pendidikan University of Nottingham Malaysia, Mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki, Encik Vincent Liong Shou Chuan, Pengetua SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak, Encik Marzilaini bin Muhamad, Guru Besar SK Tengku Ampuan Intan Kuala Berang Terengganu. Moderator, Encik Mohd Amir Shaukhi bin Hj. Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2022
Tarikh : 27 Februari 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Konsultasi Kepimpinan Pendidikan & Jabatan Kepimpinan Teknologi dan Digital
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulanan Februari 2022 yang bertemakan Literasi Perundangan Pemangkin Kecemerlangan Organisasi. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Mazlan bin Abdul Majid manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Nadzri bin Ishak. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hj. Zahari bin Ahamad. Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU serta penyampaian sijil-sijil kepada yang terlibat.

3 RD NATIONAL CONFERENCE ON EDUCATIONAL RESEARCH (3RD NCER 2022)
Tarikh : 23 Februari 2022Tempat : IABCU
Peserta : IPG Kampus Pendidikan Islam, IABCU, IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Urus setia : Majlis Akademia Pendidikan Guru Malaysia, IPGKPI, IABCU, IPGKSAH
Ringkasan aktiviti :
3 rd National Conference On Educational Research (3RD NCER 2022) anjuran Majlis Akademia Pendidikan Guru Malaysia dengan kerjasama IPGKPI, IAB Cawangan Utara & IPGKSAH bertemakan “AMALAN TERBAIK DALAM PENGURUSAN PDP NORMA BAHARU”. Majlis bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

JANUARI
MAJLIS JASAMU DIKENANG TUAN HAJI RAHIMI BIN ABDUL MAJID
Tarikh : 31 Januari 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Majlis persaraan Tuan Haji Rahimi bin Abdul Majid telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat di IABCU dan banyak memberi sumbangan dalam mencemerlangkan organisasi. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Tuan Haji Rahimi bin Abdul Majid.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2022
Tarikh : 23 Januari 2022Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulanan Januari 2022 yang bertemakan Kebersamaan Menerajui Kecemerlangan Organisasi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Lukman bin Ismail manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh Encik Hidayat bin Mohd. Zaliman. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Badri bin Hj. Ahmad serta penganugerahan sijil-sijil kepada staf terlibat. Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin serta pelancaran e-book Iltizam 2022.

BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN/PEMERKASAAN TENAGA PENGAJAR NPQEL IABCU
Tarikh : 9-20 Januari 2022Tempat : IABCU
Peserta : Tenaga Pengajar NPQEL IABCU
Urus setia : Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP)
Ringkasan aktiviti :
Program ini diadakan bagi meningkatkan lagi aspek pengetahuan, kemahiran serta penampilan para pensyarah di IABCU.

MISI BANTUAN PASCA BANJIR
Tarikh : 4-6 Januari 2022Tempat : Daerah Bentong, Pahang
Peserta : Staf IABCU yang terlibat
Urus setia : Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI)
Ringkasan aktiviti :
Seramai 18 orang staf IABCU telah menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir di daerah Bentong, Pahang. Para sukarelawan misi telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyusunan semula bilik darjah di SMK Bentong, Pahang.
