Pengenalan
KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI INSTITUT AMINUDDIN BAKI (KKRIAB)
BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
________________________________________________________
Keahlian:
- Keahlian terbuka kepada semua staf Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan yang berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
- Setiap ahli dikehendaki mengisi borang keahlian dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat. Setiausaha Kehormat perlu mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli
Faedah Keahlian
- Menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh KKRIAB
- Hadiah ulang tahun kelahiran
- Hadiah kek ulang tahun kelahiran (keseluruhan secara bulanan)
- Kelahiran anak pertama
- Perkahwinan
- Masuk wad di hospital
- Kematian ahli dan suami/isteri/anak (RM100.00) dan tambahan kutipan melalui Tabung Sumbangan
- Musibah seperti kemalangan
- Bersara