Pengenalan Pengenalan Perlaksanaan AKKP di Institut Aminuddin Baki (IAB) melalui JKKP akan meningkatkan kualiti dan daya saing untuk menjadi antara institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang unggul di rantau ini. Sebagai pusat latihan yang menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dan peserta yang mengikuti latihan di IAB, produktiviti, kecemerlangan dan moral pekerja dan peserta akan meningkat. Kemalangan dan kecederaan semasa bekerja dapat dielakkan bagi meminimakan kerugian dari segi sumber dan kemahiran manusia. IAB berhasrat bukan sahaja menjadi model menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, malah menjadi pusat rujukan dan pemberi latihan kepada pemimpin pendidikan di seluruh negara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.