Pengenalan PUSPANITA Pengenalan PUSPANITA Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli. Visi dan Misi PUSPANITA Visi dan Misi PUSPANITA Visi Ke arah PUSPANITA cemerlang Moto Wanita Sepakat Negara Meningkat Misi Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Lirik & Lagu PUSPANITA Lirik & Lagu PUSPANITA PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri dan wanita PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri dan wanita Bulan bintang 14 penjuru Lambang keutuhan barsatu-padu Isteri pegawai kakitangan semua Berganding bahu saling membantu Sudah menjadi rasmi pembangunan Isteri bersama memberi kebajikan Disamping itu bertukar pandangan Menambah ilmu serta pengetahuan Bunga padi tanda keteguhan Bergaul mesra tak kira keturunan Beramah-tamah tak kira pangkat Tujuan asas capai matlamat PUSPANITA mengorak langkah Peranan suri pendidik di asah Sifat Kewanitaan meninggikan maruah Perikemanusiaan menjadi falsafah PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri dan wanita PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri dan wanita Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar Pakaian Rasmi PUSPANITA Pakaian Rasmi PUSPANITA Kad Keahlian Kad Keahlian 1. Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 adalah percuma dan bayaran hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja bagi penyediaan kad keahlian.2. Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam.3. Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma.4. Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak RM 10.00.5. Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antaran 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat. Kelebihan Ahli Kelebihan Ahli Kelebihan menjadi ahli: 1) Tabung Amanah / Latihan (tertakluk pada syarat) Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang (peringkat KPM dan Kebangsaan) Subsidi Pembangunan Kerjaya Anak-Anak Ahli 2) Tabung Puspadara Puspanita - sekiranya ahli / suami / anak mendapat kanser tertakluk pada syarat) 3) Pemeriksaan kesihatan percuma di Klinik PUSPANITA PURI 4) Dikira dalam markah bagi kenaikan pangkat kerana puspanita adalah organisasi luar (5%) 5) Dan aktiviti-aktivit menarik di cawangan masing-masing Penaung PUSPANITA Penaung PUSPANITA Logo PUSPANITA Logo PUSPANITA