Kursus ini telah diadakan secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet pada 17 hingga 19 Mei 2022. Seramai 26 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
Kursus ini telah diadakan secara bersemuka pada 17 hingga 19 Mei 2022 bertempat di PPD Larut, Matang dan PPD Selama. Peserta yang hadir terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar seramai 30 orang.
LADAP SK Kanchong, Darat telah diadakan pada 14 Mei 2022 di Hotel Seri Costa, Melaka. Seramai 55 peserta telah hadir yang terdiri dikalangan Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana.
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat (JPKPP) telah diadakan pada 13 Mei 2022 pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik Pegawai Latihan. Turut hadir adalah Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan iaitu Puan Hamsiah binti Mohd Dahalan, Ketua Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum dan Ketua Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling. Majlis juga turut mengalu-alukan kehadiran mantan Ketua Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat En. Ruslan bin Hassan dan juga mantan kakitangan jabatan yang telah bertukar keluar. Majlis ini diserikan lagi dengan sambutan Hari Lahir Pegawai dan Kakitangan bagi bulan April dan Mei 2022 ahli Jabatan JPKPP.
Forum ini telah diadakan pada 30 Mac 2022 (Rabu) jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa, Kuala Selangor. Seramai 98 orang peserta terdiri daripada Guru Akademik Biasa(GAB) sekolah menengah DG54(KUP) telah hadir.
{ KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH}
Kursus ini telah diadakan secara bersemuka di PPD Kota Setar pada 28 hingga 30 Mac 2022. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar telah hadir.
{TAKLIMAT MySG DAN SKPMg2 DALAM PERKHIDMATAN BnK}
Taklimat ini telah diadakan pada 24 Mac 2022 bertempat di BTPN Negeri Sembilan secara bersemuka. Ianya dianjurkan oleh JPWP Kuala Lumpur dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kuala Lumpur.
Kursus ini telah diadakan pada 22 hingga 24 Mac 2022 menggunakan applikasi Google Meets. Pengurus Kursus ini adalah Encik Abdul Rashid bin Bidin dan Pengurus Bersama Puan Sheriza Nur binti Kamarudin. Seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada Guru Besar dan Penolong Guru Kanan telah hadir.
Bengkel ini telah diadakan pada 20 hingga 24 Mac 2022 secara bersemuka di Langkawi Seaview Hotel.
(slider MESYUARAT PUSAT BIL.2 TAHUN 2022}
Mesyuarat Pusat Bil.2 Tahun 2022 telah diadakan pada 18 Mac 2022 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Utama, IAB Bandar Enstek. Mesyuarat ini telah di Pengerusikan oleh Puan Hamsiah binti Mohd Dahalan selaku Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. Seramai 20 orang ahli pusat telah hadir.
Kursus ini telah diadakan pada pada 15 hingga 17 Mac 2022 secara bersemuka di Dewan Kerian Sejahtera, Pusat Kecermelangan PPD Kerian, Perak. Seramai 30 orang peserta hadir dikalangan Pengetua dan Guru Besar.
Program ini diadakan di Balai Muafakat JPN Negeri Sembilan pada 14 Mac 2022. Seramai 4 orang pegawai daripada IAB dan 3 orang pegawai dari JPN Negeri Sembilan telah hadir bagi bersama-sama berkongsi isu-isu pengurusan tatatertib di sekolah.
.
Lawatan pemantauan sekolah ini telah diadakan di Daerah Perak pada 8 hingga 10 Mac 2022. Pegawai pemantau daripada Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek adalah Encik Husney bin Hamzah dan Puan Noraizan binti Noor. Sebanyak 8 buah sekolah selesai dilawati.
Kursus ini telah diadakan pada 8 hingga 10 Mac 2022 secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meets. Pengurus Kursus ini adalah Puan Emma Sri Rahayu binti Md Nor dan Pengurus Bersama Puan Sarala a/p Subramaniam. Ianya dihadiri oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah.
Kursus ini telah diadakan pada 8 hingga 10 Mac 2022 menggunakan applikasi Google Meets. Pengurus kursus ini adalah Puan Sheriza Nur binti Kamarudin dan Pengurus Bersama adalah Encik Abdul Rashid bin Bidin. Sasaran kursus ini adalah dikalangan Pengetua dan Guru Penolong Kanan. Seramai 39 orang peserta telah hadir.
{sliderSHARING SESSION IAB- JPWP PUTRAJAYA - ISU-ISU DALAM PENGURUSAN TATATERTIB DI SEKOLAH}
Program ini telah dihadiri oleh 6 orang pegawai dari IAB induk dan 2 pegawai daripada JPWP Putrajaya pada 4 Mac 2022 di Pejabat JPWP Putrajaya. Matlamat program ini adalah bagi berkongsi isu-isu dalam pengurusan tatatertib di sekolah-sekolah di Putrajaya.
{MESYUARAT PENYELARASAN JAWATAN KUASA STRATEGIK NASIONAL PENDIDIKAN KEWANGAN}
Mesyuarat tersebut telah diadakan secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meets di bawah strategi keutamaan 1 antara Bahagian KPM bil.1 Tahun 2022 pada 1 Mac 2022.
Program ini telah diadakan dengan kerjasama PPD Batang Padang ,Perak pada 25 Februari 2022.
Program ini telah diadakan pada 17 Februari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat, SK Putrajaya Presint 18(1) secara besemuka.
slider BENGKEL KERJA PEMURNIAN MODUL JERAYAWARA PLaN 2022}
Bengkel ini telah diadakan pada 14 hingga 17 Februari 2022 bagi PKG Port Dickson secara bersemuka.
Bengkel ini telah diadakan pada 8 hingga 10 Februari 2022 di Pusat Latihan KEMAS, Melaka secara bersemuka. Seramai 43 orang telah hadir bagi menjayakan bengkel ini. Para peserta adalah terdiri daripada Pensyarah-pensyarah Kanan dan Pegawai Latihan daripada Institut Aminuddin Baki.
Mesyuarat ini telah di adakan pada 21 Januari 2022 secara bersemuka di Balai Sidang IAB. Ianya di Pengerusikan oleh Puan Sheriza Nur binti Kamarudin selaku Ketua Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat. Turut hadir adalah Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Puan Hamsiah binti Mohd Dahalan.