-
Memastikan semua program latihan didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan.
-
Memastikan kepuasan semua peserta terhadap pengendalian program latihan IAB sekurang-kurangnya berada pada tahap 82%.
-
Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh sehari sebelum kursus bermula.
-
Memastikan aduan berkaitan sijil kehadiran program diselesaikan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas aduan diterima.
-
Memastikan kepuasan semua peserta terhadap perkhidmatan sajian dan penginapan sekurang-kurangnya berada pada tahap 82%.
-
Memastikan semua pertanyaan dan aduan pelanggan tentang pengurusan perkhidmatan di IAB menepati tempoh-tempoh berikut:
-
akuan penerimaan dalam tempoh sehari bekerja daripada tarikh maklum balas diterima
-
keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes mudah dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja
-
keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes sederhana dijawab dalam tempoh 15 hari bekerja
-
keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes kompleks dijawab dalam tempoh 365 hari bekerja
-
-
Menghasilkan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan setahun.
-
Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) penerbitan setahun.
-
Memastikan urusan pinjaman bahan Pusat Sumber diselesaikan dalam tempoh dua (2) minit bagi setiap pelanggan.
-
Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) program Khidmat Pembangunan Organisasi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun.
-
Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesional pemimpin sekolah bagi setiap negeri pada setiap tahun.
-
Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.