Pengumuman

Institut Aminuddin Baki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENSYARAH KANAN GRED DG48 DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI INDUK BANDAR ENSTEK (IABI) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki Induk Bandar Enstek (IABI) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 untuk mengisi kekosongan di IABI bagi jawatan Pensyarah Kanan Gred DG48.

3.  Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap ke Unit Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Institut Aminuddin Baki dan hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang berminat boleh merujuk kepada iklan kekosongan jawatan dan borang-borang berkaitan urusan ini yang dilampirkan bersama.

4.  Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 15 Januari 2023 (Isnin) ke alamat seperti di bawah.

Pengarah
Pejabat Pendaftar
Institut Aminuddin Baki
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
(u.p: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 06-7979324/ 9313/ 9314

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Unit Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar

Institut Aminuddin Baki Induk Bandar Enstek

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Berikut adalah dokumen berkaitan untuk di muat turun: