Webinar Kepimpinan Pendidikan: Menerajui Perubahan dalam dunia VUCA melalui pendekatan Human Governance Siri 3 di bawah anjuran Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah bermatlamat memantapkan kesedaran dan amalan Human Governance dalam kalangan pemimpin pendidikan sebagai salah satu usaha memperkasa transformasi pendidikan. Webinar Human Governance ini dilaksanakan dalam tiga siri menampilkan tokoh-tokoh yang tidak asing di dalam dunia Pendidikan Malaysia iaitu YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin sebagai ahli panel tetap webinar bersama YBhg. Datuk Dr. Habibah binti Abdul Rahim dalam siri 1, bersama YBhg. Dato’ Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh dalam siri 2 dan bersama Tan Sri Dato’ Seri Abdul Ghafar bin Mahmud dalam siri 3. Webinar Human Governance ini turut diserikan dengan Bicara Webinar oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Institut Aminuddin Baki, KPM dan YBrs. Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah Cawangan, Institut Aminuddin Baki Cawagan Sabah.
Dipancarkan melalui YouTube
https://bit.ly/WEBINARIABCSBH_HG3
Pendaftaran SPLKPM dan e-sijil disediakan oleh urus setia:
http://sistem.iab.edu.my/insyst/modul-qrcode/daftar_peserta.php?id=32583
Link Buku Aturcara:
https://anyflip.com/daoqv/cxuo