Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan dipimpin oleh Ketua Pusat dan terdiri daripada empat (4) jabatan iaitu :-
- JABATAN ASAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN (JAsPK)
- JABATAN PEMBANGUNAN, PENGURUS, PEMIMPIN DAN EKSEKUTIF PENDIDIKAN (JPPPEP)
- JABATAN KEPIMPINAN BERKEPERLUAN KHUSUS (JKBKu)
- JABATAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BAHASA (JKPBa)
FUNGSI PUSAT
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program latihan untuk pembangunan serta peningkatan kompetensi pemimpin pertengahan dan pemimpin berpotensi dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. (JAsPK)
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program latihan untuk pembangunan dan peningkatan kompetensi pemimpin pelapis dan eksekutif pendidikan. (JPPPEP)
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kepada pemimpin sekolah berkeperluan khusus. (JKBKu)
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program pembangunan profesionalisme berterusan untuk pembangunan dan peningkatan kompetensi pemimpin pendidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. (JAsPK)
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program latihan pengurusan Bahasa dan Komunikasi. (JKPBa)
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program perkongsian profesional dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. (JPPPEP dan JAsPK)