Pusat Penyelidikan dan Penilaian (PPP) dipimpin oleh Ketua Pusat dan terdiri daripada tiga (3) jabatan iaitu:
- JABATAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (JPP)
- JABATAN PENILAIAN PENDIDIKAN (JPen)
- JABATAN PENGAJIAN KOMPARATIF KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (JPKom)
Fungsi Pusat
- Merancang, menyelaras, mengawal selia dan mengkaji keberkesanan program latihan dalam bidang penyelidikan untuk pemimpin pendidikan.
- Merancang, menyelaras, mengawal selia dan mengkaji keberkesanan program latihan dalam bidang penilaian untuk pemimpin pendidikan.
- Merancang, menyelaras, mengawal selia dan mengkaji keberkesanan program latihan dalam bidang pengajian komparatif untuk pemimpin pendidikan.
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program pembangunan kompetensi pensyarah IAB dalam bidang penyelidikan.
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia aktiviti penyelidikan IAB.