Pengenalan PUSPANITA
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
Visi dan Misi PUSPANITA
Visi
Ke arah PUSPANITA cemerlang
Moto
Wanita Sepakat Negara Meningkat
Misi
Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.
Lirik & Lagu PUSPANITA
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu
Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar
Kad Keahlian
1. Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 adalah percuma dan bayaran hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja bagi penyediaan kad keahlian.
2. Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam.
3. Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma.
4. Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak RM 10.00.
5. Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antaran 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat.
Kelebihan Ahli
Kelebihan menjadi ahli:
1) Tabung Amanah / Latihan (tertakluk pada syarat)
- Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang (peringkat KPM dan Kebangsaan)
- Subsidi Pembangunan Kerjaya Anak-Anak Ahli
2) Tabung Puspadara Puspanita - sekiranya ahli / suami / anak mendapat kanser tertakluk pada syarat)
3) Pemeriksaan kesihatan percuma di Klinik PUSPANITA PURI
4) Dikira dalam markah bagi kenaikan pangkat kerana puspanita adalah organisasi luar (5%)
5) Dan aktiviti-aktivit menarik di cawangan masing-masing